Di jiwaku bermimpi
Setiap nadiku
Kau wujud selalu
Kau syurga
Seindahnya dirimu
Hanya kerana
CintaNya kau wujud
Kau adalah diriku
Dan aku adalah dirimu
Hanya Tuhan tahu
Apa ada depan nanti
Telah lama aku nantikan
Dari saat aku dipisahkan
Dari sinar bintang
Yang menghilang
Ku akui
Dia memang buatku nyatakan
Harap aku kan selalu denganMu
Ku menanti
Saat hadirnya aku semula
Yang seadanya
Ku telan masa
Maafkan aku
Kerna diriku
Tak pernah sempurna untukMu
Kau yang satu
Kau teragung
Hidup matiku
Kerana cinta
Cinta ada hanya untukMu
Bila tiba saatnya kan bertemu
First time dengar semalam sebab nengok konsert idola kecil.
Hubungan antara Tuhan-diri sendiri-Mak (my own interpretation)
Best hah.
Dari semalam aku cuba plan hidup aku.
So penghujungnya, aku dapat beberapa matlamat hidup.
1. Kerja tetap.
2. Membuat 'pelaburan' semula pada keluarga.
3. Jadi orang lebih berguna. Belajar agama dan pujuk diri sendiri untuk lebih kerap membaca barang berilmu.
3. Kahwin - beranak pinak (in 10 years at least 2 orang anak. hahaha! tapi aku serius ni sebab tak nak kalau aku mati nanti xde orang doakan aku.)
4. Umrah, lebih indah jika dapat buat sebelum kahwin. Tapi kalau katakan rezeki aku kahwin lagi cepat, so lepas kahwin buat umrah.
5. Bakery lah!
Rasanya tu je. JE. Aku takde cita-cita besar macam nak ada title IR ke DR ke, nak ada syarikat yang ada bangunan 18 tingkat ke. Tak. Tak terfikir. Asal semua serba cukup, besar rahmat Tuhan dah tu.
So, selamat berjaya AIN! Semoga Tuhan membantu kau menghadapi susah senang hidup di dunia!
Aku ni nak mengarut kat facebook kang macam menjaja diri sendri. Nak membebel kat twitter dah banyak benda dah aku membebel kat situ. Maka pilih blog untuk rasa yang lebih sentimental. ceyhhhhh. PUI! Satu-satunya reader aku adalah miza. Sebab tu berani tulis sini. Kalau tak, aku rasa aku bukak diari baru macam zaman dulu.
3 comments:
Hahahaha je je pun byk gak tu nak capai. Mcm mana kau tau aku baca eh? Soalan bodo dri aku hahahah. Anyway amin n good luck for all your goals. Hahhaha i always support n love you!
Kau kan stalker aku. Haha!
Ceh stalker pon stalker la yang penting i syg u bahahha
Post a Comment