Saturday, December 22, 2012

Of USS and Legoland

So, Alhamdulillah. Keluarga sudi menanggung perbelanjaan percutian! Haha! Aku ingat memang sepanjang usia menganggur ni x dapat berjalan dah. Dari teringin nak mak sushi, ttiba dapat pergi USS and Legoland. Serius weyh!  X terpikir langsung. Maka saya akan share beberapa info berguna. ceyhhhhhhh

Kalau nak pergi USS, better amek pakej bas+tiket USS. Mudah, x payah pening kepala pasal transport. Aku x sure pasal harga, sebab ditanggung, tapi rasanya around 190 untuk tiket bas pergi balik dari Tune hotel and tiket masuk USS. Stay saja kat danga bay, sebab kebiasaannye, bas dari travel agent, banyak tunggu depan Tune Hotel JB. Basically, aku suka je Tune Hotel tu, comel. Haha! Cuma kalau korang plan nk suruh anak tido atas lantai, err x payah lah ea ade plan macam tu, sbb Tune Hotel bagi ruang lantai muat2 je untuk korg jalan. Kat area Tune Hotel tu pun ada beberapa hotel laen, so bleh try jugak.

Bas ktorg grak pukul 7.30 am. Amek kau, mamai2 naik bas mata sepet tak bukak lagi.

Things to bring to USS and Legoland.
1. Food! bawak la biskut ke roti ape, sebab makanan dalam tu quite expensive. Tapi ktorg makan kat Spice apebnde ntah tu, berdepan dengan Ancient Egypt, nasi beriani die portion besarrrr, bleh share2! Hati2 ye kalau nak makan fast food or ice cream, takut termakan makanan yang tak diiktiraf halal.
2. Poncho/raincoat. Bila jadi macam ktorg, petangnye hujan. Hah kuyup kau! plus ade maenan yang boleh buat korang basah kat Lost World tu. Klu beli poncho USS, harga $3. So, memang kene lah bawak poncho tu.
3. Air masak. bawak ye air masak.
4. For family yang ade anak kecik, kalau korang xnak bawak stroller pun bleh, sebab USS ade sediakan sttroller utk disewa. Tapi x seswai untuk baby la, sbb stroller tu bleh duduk je. untuk budak 3-4 tahun ok la.

Masuk USS berbaloi, serious. Semua maenan, show and whatever dalam tu boleh dilayan semua peringkat umur. Kau boleh enjoy tak kira kau umur 5 tahun or 55 tahun or in between tu. The way they manage that place pun superb. Cuma 1 je kot aku komplen, surau die kecik gila (enjoy2 gak, solat jangan lupa) and bile time2 hujan semua orang serang surau, bau kepam ok -.- Workers pun friendly je greet orang2 yang datang, so memang mood baik gila la. Bab beratur panjang x panjang tu kau kene pandai2 timing lah ea. Bab souvenir plak aku rasa boleh lagi kot nak beli, mahal memang la mahal, tapi boleh lah diconsinder untuk beli sikit. Aku rasa macam nak explain satu2 pasal game dalam tu tapi macam banyak sangat plak, yang penting sila try semua. Even mak abah aku pun try naik transformer's ride yang jadi trademark USS tu. Best woi! Die macam gabungan 4D+roller coaster. Sejak sampai, sampai lah aku keluar pukul 7.30pm, aku x rasa boring duduk dalam tu, sebab memang sentiasa bergerak and banyak bende nak try. So, memang aku recommend gila la kalau nak pergi ngan family and friends. SERONOKKKK!









Kau nengok, muka aku memang excited sentiasa kat USS. Haha!

The next day pergi Legoland. Ok, aku tak bias, tapi Legoland x worth untuk pergi sekarang. Maenan dalam tu banyak yang lebih sesuai untuk kanak-kanak. Balik-balik maenan pusing2. Kapal terbang pusing-pusing, jetski pusing, x mencabar langsung. Untuk adult yang boleh betul2 layan adalah diorg punye roller coaster saja. And yes korang akan terpegun sebab nengok banyak bende buat pakai lego. Tapi tu je lah kan. Macam boleh masuk untuk tangkap gambar and maen roller coaster. Wayang 4D die pun ntah pape, ngantuk, x best. Makanan plak macam a bit expensive than mknn kat USS, tapi souvenir serious mahal gilossss. Yelah, Lego itself tu sendiri memang mahal kan, tapi macam mahal tak logic plak souvenir Legoland ni -.- Workers x friendly and slow. (dah geram kepanasan memang aku komplen je lah kannnn, semua bende x kene) Next year waterpark die siap, 2014 hotel sebelah Legoland tu plak siap. So, aku target nak merasa duk hotel Legoland tu, satu malam pun jadilah, but i bet mesti mahal nak mampus -___-"

Tak recommend pergi Legoland sekarang. Tunggulah lama2 sket ea. Tak pun kalau korang ada dapat tiket murah2 sket bleh la nak try.
Tak recommend pergi USS and Legoland berturut. Penat. Nak amek gambar pun x minat haih.










Sekian, banyak lagi nak membebel. Tapi aku malas dah. Haha




" The body doesn't know the difference between nerves and excitement, panic and doubt, the beginning, and the end. The body just tells you to get the hell out. Sometimes you ignore it. That's the reasonable thing to do. But sometimes you listen. You're supposed to trust your gut, right? When your body says run...run" 
Grey's Anatomy S09E09


2 comments:

k3me said...

that GA's line at the end, superb

chempaka said...

perfect ending kan? ;)