Thursday, January 12, 2012

Sepuluh Tahun

tak de sape nak marah kau kalau kau pms
kau boleh cakap kasar sesuka hati
kau boleh ketawa besar sesuka hati
kau boleh jalan dari surau sampai kelas pegang2 tangan dengan membe
kau boleh cuci mata nengok orang2 kawad kat dataran hicom
kau boleh basuh baju and curi tab junior dan melalak kat bilik basuh
pagi-pagi kau boleh mengaruk dekat aras kalau aras kau kotor
kau boleh rasa bahagia hari-hari walaupun kerja sekolah kau melambak
by 11 kau dah boleh tido tak sedar
sebab aspuri tempat tido dan bergosip dan segala-gala, tapi bukan untuk belajar
kalau konon nak belajar akan berkampung tepi tangga sambil makan megi la ape la

setakat ni fasa paling indah dalam hidup adalah 2002-2006
yes. tak ragu-ragu
zaman tu zaman aku rasa, kami memahami hati masing-masing
yes, ade lah masalah-masalah hingusan 
tapi, bila sentiasa ada tulang belakang,kiri kanan dan depan menyokong
tak pernah pun rasa nak jatuh tersungkur
kalau jatuh tersungkur, tak sampi 0.4 saat dah ade kawan tarik kau
aku sampai buat rekod dalam 5 tahun kat sana, tak pernah langsung pergi klinik
sampai buat rekod, tak pernah nangis dalam setahun
pernah sekali tu, atas sebab yang aku xnk ingat, aku menangis dan kene gatal-gatal kat pipi sebab alahan air mata sendiri
kuat sangat aku rasa masa tu, Alhamdulillah

memanglah aku sentimental
sebab aku sedang mengenang kembali zaman kegemilangan dan kegembiraan aku
sekarang gembira, sekarang gemilang, harapnye lah ye

ye, antara terindah dan terbaik dalam hidup..TERBAIK DAN TERINDAH
secara jujurnya, rindu nak mampus!

2 comments:

Hamiza said...

aku rindu kau jugak..SANGAT

Anonymous said...

rindu jugak ;)